Dalam keadaan semua orang menunggu itu terdapat beberapa orang yang tidak diundang turut menunggu. Orang-orang itu aku menunggu masa untuk bertindak, melawan Qistina dan Kasturi sewaktu mereka tiba nanti.
Antaranya adalah Gazelda ahli sihir yang kejam dan mementingkan kecantikan. Matlamatnya adalah membunuh Qistina dan Kasturi yang mengancam kecantikannya supaya dia dapat meraih anugerah sebagai perempuan tercantik. hahaha!!!!
Yang kedua adalah Dorm lelaki gagah yang mengamuk kerana anaknya tidak dijadikan menantu oleh Raja Zahim. Dorm sangat menyayangi anaknya sejak isterinya meninggal dunia. Tetapi nampaknya dia terlalu menyayangi anaknya, Zac.
Terdapat ramai lagi orang yang berdendam terhadap mereka berdua beradik itu. Kerana merekalah Qistina dan Kasturi terpaksa dipisahkan. kerana takut akan keselamatan mereka yang makin hari makin terancam itu.
Thursday, September 17, 2009
Kejahatan juga menunggu......
Posted by mysteriouswriter at 8:40 AM 0 comments
Kehidupan kembar itu.
Qistina sudah beberapa tahun berpisah dengan adik kembarnya Kasturi. Dia kini merempat dan tiada kerja. Dia masih lagi pendiam dan pemalu, sayang kerana dia mempunyai suara yang sangat merdu. Dia pernah mencuba menjadi penyanyi tetapi tidak terpilih kerana sikapnya yang terlalu pendiam dan tidak bersuara.
Kasturi pula sedang hidup dengan penuh kemewahan apabila dia diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri yang kaya raya, namun dia tetap berpenampilan sederhana. Kasturi bersekolah di sebuah sekolah yang ternama di Malaysia. Dia manyukai sukan dan mempunyai ramai kawan kerana sikapya yang mesra dan peramah itu.
Dengan begitu besar perbezaan dapatkah mereka bertemu? Itulah yang ada di dalam fikiran penjaga persendirian mereka. Raja danPermaisuri pula menunggu dengan resah , semakin hari, semakin tua . Jika terjadi sesuatu siapa yang akan memerintah jika bukan mereka. Raja Zahim makin buntu menyesal membuat keputusan itu.
Tetapi rakyat negara yang setia elah erjanji akan menjaga negara itu dan memilih seseorang yang berpotensi untuk memerintah jika mereka berdua tidak muncul juga. Raja mula rasa bersalah, dia gembira mempunyai rakyat yang mengambil berat dan prihatin.
Kini semua sedang menunggu hari akhirnya mereka akan bertemu dan bersama memerintah negara dibawah awan yang kecoh tentang siapa akan terpilih menjadi pemerintah kelak. Tetapi pergaduhan mereka tidaklah sebegitu teruk, mereka tidak mahu menyusahkan Raja yang makin buntu.
Posted by mysteriouswriter at 8:19 AM 0 comments
Lahirnya kembar itu.
Pada malam itu, sewaktu Raja Zahim menunggu dengan penuh gelisah terdengar tangisan bayi. Tersenyum Raja Zahim, dia segera ke bilik Pemaisuri untuk melihat anaknya yang baru dilahirkan. Alangkah gembiranya Raja apabila ternampak bukan hanya seorang bayi tetapi dua orang bayi yang comel dalam dakapan isterinya. Bayi itu diberi nama Qistina dan Kasturi. Apabila berita itu disebarkan kepada rakyat di negara atas awan semuanya bersorak gembira menyambut puteri-puteri mereka.
Setelah beberapa tahun Qistina dan Kasturi membesar. Mereka kini berumur empat tahun. Sikap mereka berdua sangat berbeza. Qistina seorang yang pendiam dan pemalu manakala Kasturi pula aktif dan mesra, namun mereka sempurna kerana mempunyai otak yang cergas dan rupa paras yang tiada tandingan.
Beberapa kejadian telah berlaku kepada mereka berdua. Mereka hampir dilarikan dan hampir terbunuh membuatkan Raja Zahim yang bijaksana juga buntu memikirkan puteri-puterinya. Akhirnya Raja Zahim membuat kata putus dengan berat hati. Apabila diberitahu Permaisuri, Permaisuri merayu kepada Raja supaya bertukar fikiran, tetapi Raja memberi alasan ianya untuk keselamatan Qistina dan Kasturi
Rakyat di negara atas awan juga bermuram durja tetapi terpaksa akur demi keselamatan puteri-puteri itu. Sebelum memisahkan Qistina dan Kasturi di muka bumi Raja Zahim bersumpah bahawa pada hari jadi mereka yang ke-14 mereka akan bertemu dan bersama sama melawan kejahatan dan memerintah negara di bawah awan.
Dengan penuh dukacita Raja Zahim menyerahkan Qistina dan Kasturi kepada dua orang suruhannya yang paling dipercayai untuk memisahkan mereka berdua. Orang-orang suruhan itu akan memantaukan mereka dan menjelaskan asal usul mereka pada hari lahir mereka ke-14.
Posted by mysteriouswriter at 5:33 AM 0 comments
Tentang blog kedua.
Blog ke dua ini tentang dua orang remaja yang mempunyai kuasa luar biasa mereka bekerjasama melawan kuasa jahat. toon in :). jangan lupa tengok yang pertama pulak.hahaha
Posted by mysteriouswriter at 2:57 AM 0 comments




