Qistina sudah beberapa tahun berpisah dengan adik kembarnya Kasturi. Dia kini merempat dan tiada kerja. Dia masih lagi pendiam dan pemalu, sayang kerana dia mempunyai suara yang sangat merdu. Dia pernah mencuba menjadi penyanyi tetapi tidak terpilih kerana sikapnya yang terlalu pendiam dan tidak bersuara.
Kasturi pula sedang hidup dengan penuh kemewahan apabila dia diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri yang kaya raya, namun dia tetap berpenampilan sederhana. Kasturi bersekolah di sebuah sekolah yang ternama di Malaysia. Dia manyukai sukan dan mempunyai ramai kawan kerana sikapya yang mesra dan peramah itu.
Dengan begitu besar perbezaan dapatkah mereka bertemu? Itulah yang ada di dalam fikiran penjaga persendirian mereka. Raja danPermaisuri pula menunggu dengan resah , semakin hari, semakin tua . Jika terjadi sesuatu siapa yang akan memerintah jika bukan mereka. Raja Zahim makin buntu menyesal membuat keputusan itu.
Tetapi rakyat negara yang setia elah erjanji akan menjaga negara itu dan memilih seseorang yang berpotensi untuk memerintah jika mereka berdua tidak muncul juga. Raja mula rasa bersalah, dia gembira mempunyai rakyat yang mengambil berat dan prihatin.
Kini semua sedang menunggu hari akhirnya mereka akan bertemu dan bersama memerintah negara dibawah awan yang kecoh tentang siapa akan terpilih menjadi pemerintah kelak. Tetapi pergaduhan mereka tidaklah sebegitu teruk, mereka tidak mahu menyusahkan Raja yang makin buntu.
Thursday, September 17, 2009
Kehidupan kembar itu.
Posted by mysteriouswriter at 8:19 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment