BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 17, 2009

Lahirnya kembar itu.

Pada malam itu, sewaktu Raja Zahim menunggu dengan penuh gelisah terdengar tangisan bayi. Tersenyum Raja Zahim, dia segera ke bilik Pemaisuri untuk melihat anaknya yang baru dilahirkan. Alangkah gembiranya Raja apabila ternampak bukan hanya seorang bayi tetapi dua orang bayi yang comel dalam dakapan isterinya. Bayi itu diberi nama Qistina dan Kasturi. Apabila berita itu disebarkan kepada rakyat di negara atas awan semuanya bersorak gembira menyambut puteri-puteri mereka.
Setelah beberapa tahun Qistina dan Kasturi membesar. Mereka kini berumur empat tahun. Sikap mereka berdua sangat berbeza. Qistina seorang yang pendiam dan pemalu manakala Kasturi pula aktif dan mesra, namun mereka sempurna kerana mempunyai otak yang cergas dan rupa paras yang tiada tandingan.
Beberapa kejadian telah berlaku kepada mereka berdua. Mereka hampir dilarikan dan hampir terbunuh membuatkan Raja Zahim yang bijaksana juga buntu memikirkan puteri-puterinya. Akhirnya Raja Zahim membuat kata putus dengan berat hati. Apabila diberitahu Permaisuri, Permaisuri merayu kepada Raja supaya bertukar fikiran, tetapi Raja memberi alasan ianya untuk keselamatan Qistina dan Kasturi
Rakyat di negara atas awan juga bermuram durja tetapi terpaksa akur demi keselamatan puteri-puteri itu. Sebelum memisahkan Qistina dan Kasturi di muka bumi Raja Zahim bersumpah bahawa pada hari jadi mereka yang ke-14 mereka akan bertemu dan bersama sama melawan kejahatan dan memerintah negara di bawah awan.
Dengan penuh dukacita Raja Zahim menyerahkan Qistina dan Kasturi kepada dua orang suruhannya yang paling dipercayai untuk memisahkan mereka berdua. Orang-orang suruhan itu akan memantaukan mereka dan menjelaskan asal usul mereka pada hari lahir mereka ke-14.

0 comments: